ARTIKEL KEBUDAYAAN KEUSAHAWANAN YANG DIAMALKAN

MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN GENERASI

BARU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL DAN PENGAJIAN

AGAMA: GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA

DATO’ HAJI DUSUKI AHMAD

Pengerusi, Amanah Raya Berhad

MUKADIMAH

Budaya keusahawanan bukanlah suatu yang asing daripada kerangka islam. Malah islam sebagai ad-din atau cara hidup amat menekankan nilai-nilai positif yang boleh diaplikasi dalam membentuk budaya perniagaan yang jernih menepati prinsip dan matlamat syariah.  Tidak hairanlah jika budaya keusahawanan turut ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W

sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud;

ِسْعَةُ أَعْشَارِ الّرِزْقِ فِى الّتِجَارَة

“Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan”

Walaupun islam begitu menitik-beratkan bidang perniagaan dan keusahawanan, reality hari ini menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna (consumer) terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain atau negara luar terutamanya dari Barat. Demikian jugalah suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam khususnya golongan bumiputera yang agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam.

Kertas kerja ini akan cuba menyingkap perspektif Islam mengenai budaya keusahawanan dan bagaimanakah budaya ini mampu digarap dan dicanai di kalangan generasi muda terutamanya melalui Sistem Pendidikan Nasional dan Pengajian Agama.

ISLAM DAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Budaya keusahawanan sebagaimana yang disebutkan, pada hakikatnya amat sebati dengan keperibadian Nabi s.a.w. Sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi, baginda merupakan seorang usahawan yang berjaya.Nabi Muhammad s.a.w. pernah diamanahkan sebagai ‘Ketua Pengarah Eksekutif (CEO)’ yang bertanggungjawab mengurus dan memperdagangkan harta yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah. Budaya keusahawanan yang dimiliki baginda ditambah dengan akhlak terpuji yang dizahirkan dalam mengurus perniagaan lantas berjaya menambat hati Khadijah hingga dilamar menjadi suami.  Tidak terhenti setakat itu, apabila diangkat menjadi Rasul, baginda tetap menerapkan budaya yang sama di kalangan sahabat dan umat Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila baginda berhijrah ke Madinah.

Selaku ketua negara bagi sebuah kerajaan Islam yang baru bertapak, Nabi s.a.w. amat mengerti dan memahami kepentingan untuk memperkasa ekonomi kerajaan Islam. Apatah lagi dalam suasana Madinah yang pada ketika itu ekonominya hampir sepenuhnya dikuasai kaum minoriti Yahudi. Sebelum penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah (atau Yathrib), ekonomi Yathrib dikuasai oleh golongan minoriti Yahudi. Merekalah yang menguasai pasar-pasar utama dan sumber-sumber asasi seperti air telaga dan sebagainya. Mereka juga terkenal dengan kelicikannya menindas bangsa Arab dalam urusan muamalah harian. Umpamanya, perniagaan yang dijalankan secara hutang dikenakan bunga yang amat tinggi hingga menjerat sesiapa sahaja yang berhutang dengan mereka. Malah caj penggunaan air juga amat tinggi hingga menjadikan mereka sebagai golongan yang amat berkuasa. Sebab itulah sejarah telah memaparkan bagaimana usaha kedua terpenting Nabi s.a.w selepas membina masjid sebagai lambang pengukuhan aqidah dan iman penduduk Islam Madinah, baginda turut membina pasar yang dikhaskan kepada umat Islam sebagai satu usaha penting pemantapan ekonomi Madinah.

Usaha pemantapan ekonomi tidak hanya sekadar memberi penumpuan kepada aspek fizikal iaitu membina pasar semata-mata, malah yang lebih ditekankan Nabi s.a.w ialah mencanai budaya keusahawanan yang luhur dan jernih berpandukan akhlak dan nilai-nilai yang diwahyukan Ilahi. Baginda sendiri turun dan mentarbiyah usahawan-usahawan baru di kalangan masyarakat Arab yang sebelumnya tidak pernah terdedah kepada bidang perniagaan dan perdagangan. Malah kebergantungan mereka kepada kaum minority Yahudi sebelum ini telah memaksa mereka hidup dalam suasana penganiayaan dan persekitaran yang terhimpit dan tertekan.Sebab itulah kehadiran Nabi s.a.w telah berjaya membebaskan mereka dari segala bentuk penindasan dan perhambaan yang berkait-rapat dengan kegagalan mereka mengurus ekonomi hingga terpaksa bergantung kepada ihsan orang lain.

Kemandirian ekonomi ini amat penting bagi memastikan bukan sahaja umat Islam kuat dari segi fizikal tetapi membolehkan mereka mempertahankan aqidah dan keimanan. Kekuatan ekonomi juga menjadikan umat Islam dipandang tinggi dan membantu menyebar-luaskan agama ke seantero dunia.Ulama feqah merumuskan suatu kaedah feqah (qaidah fiqhiyyah) yang berbunyi:

ما ال يّتمّ الىاجب اال به فهى واجب

“Sesuatu yang tanpanya menyebabkan perkara wajib itu tidak lengkap maka ia menjadi wajib”

Apa yang difahami melalui kaedah ini ialah apabila wujud suatu perkara yang tanpanya tuntutan kefarduan itu tidak lengkap atau tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna maka perkara itu dengan sendirinya menjadi wajib. Dengan demikian, aspek ekonomi yang menjadi faktor penting menjana kekuatan tamadun Islam dan penyebaran agama Allah s.w.t dengan sendirinya menjadi wajib bagi menyempurnakan tanggungjawab dakwah yang difardukan Allah s.w.t.

PENYIMPANGAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM KINI

Hakikat yang menyedihkan kita hari ini, rata-rata umat Islam mengalami masalah kecelaruan pemikiran yang menyebabkan mereka menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.  Umat Islam gagal memahami keutamaan (fiqh awlawiyat) dalam mengatur kehidupan mereka. Rata-rata umat Islam memahami agama daripada perspektif ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Sedangkan aspek muamalah yang sama penting telah dikesampingkan.  Apabila disebut Islam, seolah-olah tidak tergambar dalam pemikiran mereka bahawa Islam itu adalah ad-din yang merangkumi segenap aspek kehidupan termasuklah soal-soal pengurusan harta dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan.  Mereka lupa hakikat bahawa Al-Quran sendiri menekankan serentak kepentingan bersolah’ dan ‘berniaga’ sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Jumuah, ayat 9:

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلّصَلَىٰةُ فَٲوّتَشِّرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبّۡتَغُىاْ مِه فَضۡلِ ٱللَهِ وَٱذۡكُّرُواْ ٱللَهَ كَثِيّرً۬ا لَعَلَكُمۡ تُفۡلِحُىنَ

“Setelah selesai menunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dancarilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allahbanyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”

Akibat penyimpangan pemikiran sebeginilah yang menyebabkan umat Islam hari ini dilihat lemah dalam pelbagai bidang kehidupan, utamanya dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran keduniaan, termasuklah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kebanyakan negara-negara Islam dikategorikan sebagai miskin dan terkebelakang, sedangkan 1/3 sumber asli dan galian serta ekonomi dunia berada di negara-negara Islam. Umat Islam tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Kebanyakan mereka lebih selesa menjadi masyarakat pengguna (consumer) daripada pengeluar (distributor) dan pencipta (innovator) yang menyebabkan kita seringkali tersisih daripada arus persaingan dalam dunia moden hari ini. Semua ini pastilah tidak menepati semangat dan nilai yang terkandung dalam ajaran Islam. Malah umat Islam hari ini bolehlah dikatakan gagal dalam menghayati Islam sebagaimana tuntutan wahyu Ilahi yang difirmankan Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 110:

كُىّتُمۡ خَيّۡرَ أُمَةٍ أُخّۡرِجَتۡ لِلىَاسِ تَأۡمُّرُونَ بِٲلۡمَعّۡرُوفِ وَتَىۡهَىۡنَ عَهِ ٱلۡمُىڪَّرِ وَتُؤۡمِىُىنَ بِٲللَهِۗ وَلَىۡ ءَامَهَ أَهۡلُ ٱلۡڪِّتَـٰبِ لَكَانَ خَيّۡرً۬ا لَهُمۚ مِىۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِىُىنَ وَأَڪۡثَّرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُىنَ )ٓٔٔ(

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan kepada (faedah) umat manusia sejagat, (kerana) dengan tugas menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik”.

MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN MELALUI KURIKULUM BERSEPADU

Secara dasarnya di Malaysia, kerajaan telah menyediakan insfrastruktur pendidikan yang baik dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Bantuan serta sokongan kepada bangsaMelayu yang kesemuanya beragama Islam dilaksanakan secara komprehensif, lengkap dan setara. Rata-rata bangsa Melayu tinggal di pinggir dan luar bandar, kerajaan telah menyediakan akses seluas-luasnya dengan menaiktaraf kemudahan insfrastruktur dan teknologi pembelajaran di sekolah-sekolah tersebut sehingga hampir setara dengan

kemudahan di bandar. Sekolah agama juga tidak terkecuali. Salah satu daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah memartabatkan Sistem Pendidikan Agama. Dalam hal ini, kerajaan menawar tempat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) untuk bernaung di bawah KPM bagi membolehkan sekolah ini menerima bantuan seperti sekolah bantuan kerajaan yang lain.  Pada pandangan saya, pemantapan institusi-institusi agama ini bukan sekadar dari segi kemewahan dan kehebatan prasarana sahaja tetapi juga perlu ditekankan aspek kurikulumnya. Hari ini kurikulum agama di sekolah-sekolah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi lebih banyak menfokuskan kepada fekah ibadah. Sedangkan aspek muamalah tidak diberikan penekanan sewajarnya. Jika ada sentuhan berhubung dengan pentadbiran kewanganpun, ianya lebih berpusat kepada teori dan tidak menepati kehendak pasaran.

Kesan daripada itu, pelajar-pelajar agama kita bagaikan terpisah daripada     realiti dan tidak melihat kepada tuntutan-tuntutan semasa. Sebagai contoh, berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam semasa yang hari ini berkembang dengan begitupesat sekali. Perkiraan kasar dianggarkan bahawa jumlah aset dan dana yang berlegar dalam sistem kewangan Islam hari ini berjumlah $US1.3 trilion. Jumlah tenaga pakar yang diperlukan dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang sebanyak 20,000 setahun terutamanya yang berada dalam bidang syariah. Sistem kewangan Islam yang berasaskan sepenuhnya prinsip Syariah mengaplikasikan prinsip-prinsip penting yang dulunya tersimpan sebagai bahan khazanah yang tidak begitu dititik-beratkan. Ulamak-ulamak terdahulu membincangkan panjang lebar mengenai prinsip-prinsip muamalah ini.Siapa sangka hari ini istilah-istilah syarak seperti riba, mudarabah, murabahah, musyarakah, wakalah, hiwalah, waad dan sebagainya digunakan secara meluas dalam sistem kewangan antarabangsa kini. Malah baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat sendiri menubuhkan jawantankuasa Senat untuk mengkaji sistem kewangan Islam sebagai sistem alternatif bagi menangani krisis kewangan global yang semakin parah.

Sebab itulah aspek muamalah ini harus diberi penekanan yang sewajarnya agar pelajarpelajar agama memahami Islam daripada perspektif yang lebih luas. Ayat terpanjang di dalam Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, ayat 282, yang memberi penekanan kepada aspek muamalah maliah sudah cuku mengisyaratkan betapa pentingnya budaya keusahawanan ini diterapkan dalam kurikulum bersepadu pendidikan negara. Saya mengimpikan suatu hari nanti, pelajar-pelajar agama bukan lagi hanya terikat kepada bidang-bidang tertentu seperti menjadi qadi, imam, tok bilal, ustaz atau mengharapkan ‘makan gaji’ daripada jawatan-jawatan yang disediakan kerajaan sahaja. Tetapi mereka juga berkemampuan menjadi bankers, usahawan dan pakar-pakar kewangan yang hebat dipersada antarabangsa.

Rujukan :

http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/TAJUK_8_-_DATO_HJ_DUSUKI_AHMAD.pdf

 Budaya niaga usahawan Cina

Sehari Sebuah Buku

Judul: Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia

Pengarang: Chin Yee Wheah

Hubung kait antara budaya dan pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan Asia Tenggara menjadi analisis penting sejak akhir dekad 1970-an hingga kini. Kebanyakan sarjana menganggap budaya adalah statik. Sebenarnya budaya niaga tidak bersifat statik tetapi dinamik dan mengambil bentuk baru dalam konteks struktur politik, sosioekonomi dan budaya yang berbeza-beza.

Terdapat interaksi antara budaya niaga usahawan Cina di Malaysia dengan transformasi keusahawanan mereka. Penglibatan etnik Cina dalam perniagaan bukan sahaja didorong oleh budaya tetapi keluarga, psikologi individu dan kesan pengalaman kerja yang saling berintegrasi mempengaruhi cara mereka.

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan peluang menjadi majikan turut mempengaruhi tindakan usahawan Cina menceburi perniagaan.Integrasi pelbagai pengaruh inilah yang membawa kedinamikan dalam keusahawanan Cina. Amalan xinyong dan guanxi dalam rangkaian perniagaan didapati berubah mengikut perkembangan pasaran yang semakin kompleks.Syarikat perniagaan keluarga Cina mulai berkembang ke arah pemodenan dalam aspek sistem pengurusan sumber manusia; peningkatan profesionalisme dan pengurangan nepotisme; peningkatan konsep milik bersama dan berkongsi keuntungan; penyata akaun syarikat semakin telus, berpisah daripada perbelanjaan keluarga; peningkatan dalam penggunaan teknologi canggih; dan berlakunya kerjasama serta usaha sama dengan syarikat transnasional dan tempatan.

Budaya usahawan Cina mulai berubah khasnya dalam sektor industri yang berdasarkan teknologi. Sementara itu, usaha sama dalam bentuk lama (ali baba) walaupun masih kekal tetapi semakin berkurangan.

Ñ Radzuan Ghazali

Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1002&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive#ixzz3Wi2IU2ZF

© Utusan Melayu (M) Bhd

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK BUDAYA USAHAWAN

DALAM KALANGAN PELAJAR

Farizah Ariffin

Asmiza Osman

Rashdan Rashid

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, beberapa langkah telah diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Pembudayaan Keusahawanan melalui Sistem Pendidikan Negara

Proses pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang dan memerlukan usaha berterusan. Di negara kita proses pembudayaan keusahawanan telah menjadi satu tumpuan utama dan ianya telah dimulakan dengan melibatka golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum. Memandangkan betapa pentingnya bidang keusahawanan ini dan juga selaras dengan matlamat kerajaan yang berhasrat menyusun semula masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, maka kerajaan telah merangka strategi untuk membentuk budaya usahawan yang lebih berkesan dan berstruktur.

Pembudayaan keusahawan ini dapat dibahagikan kepada program yang berbentuk secara langsung atau tidak langsung dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan, Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan berkenaan. (Abdul Said, 2012). Manakala Institut Keusahawanan Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula memperkenalkan Program Usahawan Muda (PUM) kepada pelajar sekolah menengah. Ia bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman “hands-on” kepada pelajar sekolah mengenai sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Ia juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM dan Kem Keusahawanan [Program Usahawan Muda (PUM), 2012].

 Pembudayaan Keusahawanan di IPT

       Elemen terpenting untuk memupuk sesuatu budaya itu adalah bermula dari peringkat awal dan ia diterajui oleh sistem pendidikan negara. Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan telah memperkenalkan unsur amalan keusahawanan dalam kurikulum yang bertujuan menyemai dan memupuk budaya keusahawanan. Pendidikan formal dalam bidang keusahawanan melahirkan generasi baharu usahawan yang dapat memajukan usahawan dan negara. Di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat melihat institusi pengajian tinggi negara memainkan peranan penting dalam merangsang perubahan negara ke arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini, ekonomi kita haruslah berasaskan kepada inovasi dan bukan lagi berasaskan pelaburan modal semata-mata. Inovasi adalah merupakan salah satu ciri penting keusahawanan. Hanya dengan pengetahuan dan inovasi Malaysia mampu bersaing dan berjaya di arena antarabangsa. Program pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar pengajian tinggi bermula sejak tahun 1989 melalui Program Pembangunan Usaha Siswa yang bertujuan mendedahkan golongan siswa kepada asas-asas keusahawanan menerusi seminar ataubengkel. Program ini terus diperkembangkan kepada 10 buah IPTA pada tahun 1995.

Dua lagi program baru telah perkenalkan mulai 2001 iaitu Latihan Keusahawanan Siswa yang memberi panduan dari aspek peluang, kaedah dan perancangan perniagaan serta Kursus Asas Keusahawanan Siswa yang disasar kepada siswa tahun akhir. Sewaktu berucap di Majlis Perasmian Karnival Usahawan IPTA di Johor Baharu pada 23 Disember 2004, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada ketika itu memaklumkan hasil pelaksanaan ketiga-tiga program di atas telah memberi pendedahan dan latihan keusahawanan kepada 37,191 orang mahasiswa. Sebahagian besarnya diberi pendedahan keusahawanan menerusi Program Pembangunan Usaha Siswazah iaitu melibatkan seramai 33,035 pelajar, diikuti dengan Latihan Keusahawanan Siswa seramai 3,215 dan baki 941 orang lagi pelajar mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa. (Mohamed Khaled, 2007). Pada tahun 2004 satu lagi program keusahawanan turut diperkenalkan di kampus iaitu ‘Student In Free Enterprise’ atau SIFE1.

Program ini telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk menyertai pertandingan keusahawanan pelajar di peringkat antarabangsa. Persada ini mengaktifkan golongan siswa untuk berfikir secara global dalam usaha untuk menerobos pasaran yang lebih besar dan berpeluang menikmati kekayaan yang terdapat di peringkat dunia. Menerusi program SIFE mahasiswa dilatih untuk merancang dan mengendalikan aktiviti yang memiliki elemen keusahawanan yang diuruskan secara berkumpulan. Program ini dilaksana untuk satu jangkamasa tertentu dan yang lebih pentingnya adalah kumpulan mahasiswa tersebut berpeluang berurusan dan membina rangkaian kerjasama dengan sektor korporat. Program ini seterusnya diperkasakan menerusi geran daripada yayasan atau pihak swasta.

Beberapa anugerah juga telah diperkenalkan seperti anugerah etika keusahawanan yang tinggi dan anugerah kepada syarikat yang berjaya menghasilkan pelan penjimatan kos perniagaan. SIFE juga mempertingkatkan keberkesanan program ‘intership’, menawarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang menang dan ‘special attachment’ selama beberapa bulan di universiti luar negara di mana pelajar-pelajar tersebut berkongsi pengalaman bersama usahawan yang berjaya sebagai mentor. Senario ini merupakan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka membina ‘networking’ bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan rakan-rakan ‘internship’ dari negara lain yang mengikuti program tersebut (Mohamed Khaled, 2007).

Rujukan :

file:///C:/Users/GP60%20LEOPARD/Downloads/Bab%205.pdf

ARTIKEL USAHAWAN GRADUAN

Lima Sekawan Urus Acara

Oleh ADLAN JAAFAR

va_01.1

PADA Ramadan lalu, OneHeart Solution mengadakan aktiviti amal dengan membikin klip video mengenai kebaikan bulan puasa.

SEGALA-GALANYA bermula apabila lima orang sahabat tahun akhir pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebagai pelajar yang aktif dengan aktiviti kokurikulum seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Maaruf dan Persatuan Kejuruteraan memberi pendedahan kepada mereka menguruskan sesebuah majlis.

Menyedari mereka memiliki pengalaman, seorang pelajar itu pasti akan berkira-kira tentang masa hadapan. Sebaik sahaja tamat pengajian, mereka menubuhkan OneHeart Creative Solution.

OneHeart dimiliki oleh Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir, Suhairil Izham Suroya, Nur Shahidat Mohamed, Hidayatul Karimah Mohd. Mahyuddin dan Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.

Lebih gemar memanggil ‘bayi’ baharu mereka itu sebagai OneHeart, syarikat tersebut menjadikan pengurusan majlis dan pembekal perkhidmatan teknikal sebagai perniagaan utama.

Kesemua mereka berumur 24 tahun kecuali Izham yang berusia 25 tahun. Selain itu, mereka juga mampu menyediakan 30 orang pekerja separuh masa yang terdiri daripada rakan-rakan dari UIAM bergantung kepada situasi.

Selepas yakin dengan keputusan yang dibuat, mereka pun duduk bersidang di salah sebuah bilik kuliah di UIAM bagi membincangkan konsep dan idea syarikat yang bakal beroperasi itu.

Menurut Huzaifah, suasana perbincangan sekitar bulan Februari 2010 itu persis sekumpulan pelajar sedang mengadakan perbincangan dalam kumpulan.

Hasil mesyuarat itu, mereka berjaya mengadakan sebuah konsep yang terdiri daripada nama syarikat dan logo yang telah diguna pakai sehingga kini.

“Sasaran pertama kami waktu itu adalah menghebahkan kewujudan kami di laman sosial Facebook. Ideanya adalah jika seorang daripada kami mempunyai kira-kira 2,000 kenalan maka sudah 10,000 orang mengetahui OneHeart,” terang Huzaifah ketika ditemui di Batu Caves, Selangor baru-baru in

va_01.2

DARI kiri: Taufiq, Huzaifah, Shahidat, Hidayatul dan Izham merupakan tulang belakang OneHeart Solution.

Huzaifah yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OneHeart mengakui memulakan perniagaan tanpa memiliki sebarang modal permulaan amat sukar.

“Cuma pengalaman dan pengetahuan sahaja yang dijadikan sebagai bekalan kami. Malah, ibu bapa kami juga tidak menaruh kepercayaan,” luah Huzaifah yang turut sama diakui ahli yang lain.

Namun, tatkala mereka menganjurkan majlis bertajuk, Seminar Buat Duit Cara Mawardee pada bulan Mac lalu, kepercayaan orang ramai mula meningkat.

Tambah Shahidat, Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 anjuran akhbar Kosmo dan Daisy yang berlangsung selama sebulan pula benar-benar mencabar tahap kemampuan OneHeart tetapi ia amat berbaloi.

“Kesannya, ibu bapa kami yang skeptikal pada peringkat permulaan sudah menaruh kepercayaan dan langkah kami seterusnya lebih yakin,” ujar wanita yang bertugas sebagai Eksekutif Komunikasi OneHeart.

Sehingga kini, perniagaan mereka bukan sahaja memfokus kepada pengurusan majlis tetapi telah berkembang dengan menyediakan perkhidmatan lain seperti fotografi, rakaman suara dan kedai buku secara talian.

Pada bulan Jun lalu, kelima-lima anak muda itu sudah boleh melakukan kerja-kerja pengurusan syarikat dengan lebih selesa apabila sudah berpindah ke premis tetap dengan keluasan ruang kira-kira 46 meter persegi.

Meskipun sudah boleh dikatakan sudah berada di kedudukan yang selesa tetapi ujar Karimah, mereka perlu meletakkan OneHeart sebagai keutamaan. Terutama apabila ia melibatkan pengurusan wang dan keuntungan.

“Kami mempunyai satu amaun gaji yang diterima setiap bulan tetapi tidak semestinya tetap setiap bulan. Apabila tiba bulan yang kurang mendapat projek, gaji mungkin tidak diberi tetapi elaun dalam jumlah yang kecil menjadi pengganti,” terang Karimah yang menjaga kewangan syarikat. Walaupun baru setahun OneHeart ditubuhkan, mereka amat bersyukur kerana sehingga kini akan ada projek yang perlu dilaksanakan.

“Kami sedang berbincang dengan sebuah syarikat yang berpusat di United Kingdom untuk menguruskan sebuah acara anjuran di sini,” terang Huzaifah.

Jelasnya, syarikat itu sedang dalam perancangan untuk mengadakan acara jelajah dunia, Young Entrepreneur Summit (YES) di beberapa destinasi dan Malaysia adalah salah satu lokasinya.

Bidang videografi

va_01.3

 

HUZAIFAH dan Taufiq (kanan) meneliti hasil kerja di pejabat mereka yang terletak di Batu Caves, Selangor.

 Kelak, jika ia terlaksana dan kerjasama itu terjalin, OneHeart akan menguruskan majlis tersebut seluruhnya daripada pengurusan sehingga kepada menyediakan pentas dan alatan audio. Acara yang berbentuk seminar yang dirancang akan diadakan di Kuala Lumpur itu bakal diadakan pada bulan Disember ini. Selain itu, Huzaifah menambah, dalam bidang videografi pula pihak OneHeart bakal mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membuat rakaman video.

“Video tersebut akan dimuatkan dalam blog mereka sebagai salah satu interaktif baharu yang lebih dikenali sebagai vlog (video blog). “Perbincangan sudah mencapai 80 peratus tanda persetujuan dan kami berasa amat bertuah kerana bakal berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” ujarnya dengan wajah yang teruja. Beliau ialah salah seorang daripada tetamu undangan yang akan muncul dalam blog IRM itu.

(SUMBER:KOSMO)

Siswa usahawan

Oleh Hazwan Faisal Mohamad

pix_gal0

Belajar menjadi usahawan

MENCEBURI bidang perniagaan tinggi risikonya, apatah pula jika dilakukan ketika masih di alam pengajian. Tanpa perancangan rapi termasuk bijak mengatur masa antara kuliah dan ‘bekerja’, perniagaan yang dibina boleh gulung tikar. Mampukah, siswa hari ini menjadi penuntut dan pada masa sama menjadi usahawan kecil?

BERGELAR mahasiswa pada era globalisasi kini bukanlah suatu perkara mudah kerana mendepani pelbagai cabaran dari setiap sudut sekali gus memerlukan golongan terpelajar ini melengkapkan diri masing-masing dengan penguasaan ilmu, kemahiran, jati diri, pemikiran dan komunikasi.

Tanpa persediaan rapi yang khusus dan jitu, dikhuatiri mahasiswa mudah tersungkur sejurus menempuh alam pekerjaan yang mengkehendaki setiap pekerja memiliki pelbagai kemahiran selain kecemerlangan akademik.

Terdapat juga yang menceburkan diri dalam dunia keusahawanan kerana menjanjikan pendapatan lumayan berbanding bekerja makan gaji, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana tanpa ilmu yang cukup membolehkan mahasiswa kecundang.

Demi memperoleh pengalaman dalam selok-belok dunia perniagaan ada segelintir mahasiswa memberanikan diri mula berniaga ketika masih menuntut di universiti. Malah kini sudah ada yang terbabit dalam perniagaan berasaskan francais dengan mengeluarkan modal menggunakan wang sendiri dan perkara itu menimbulkan persoalan sama ada mereka mampu membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan yang diuruskan itu.

Pelajar tahun akhir jurusan Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Munirah Yahya, berpendapat tidak salah bagi mahasiswa terbabit dalam bidang perniagaan ketika masih belajar kerana ia membantu mereka mempelajari banyak perkara penting mengenai dunia perniagaan.

Selain itu, katanya, galakan daripada pengurusan universiti sendiri menjadikannya nekad untuk membuka perniagaan berkonsepkan francais dipanggil Ayamazz Roti Impit di bawah kelolaan syarikat KFC Holding Bhd bersama dua rakan yang lain.

“Memang diakui akan timbul masalah mengenai pembahagian masa antara akademik dan berniaga, namun sebelum memulakan perniagaan ini lagi saya sudah memikirkan segala-galanya.

“Kelas pengajian pada semester ini kebanyakannya bermula pada sebelah pagi, justeru gerai hanya akan dibuka selepas tamat kuliah hingga ke waktu malam,” katanya.

Katanya, selain itu beliau dan rakannya akan bergilir-gilir menjaga gerai mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran masing-masing. Pendapat itu disokong rakannya, Azrinna Abd Aziz yang menganggap jika mahasiswa bijak membahagikan masa, tiada masalah untuk mereka berjaya dalam akademik dan bidang lain yang diceburi.

Menyentuh mengenai perniagaan yang baru dimulakannya itu, beliau berkata, idea untuk membuka gerai itu timbul selepas mengetahui maklumat berkenaan daripada rakannya dari universiti lain. Selepas itu tanpa membuang masa beliau terus mendaftar dan membuat pinjaman sebanyak RM3,500 daripada Agro Bank sebagai modal permulaan perniagaan.

“Latihan dan ceramah berkaitan pengendalian gerai turut diberi serta dibekalkan dengan Standard Pengurusan Operasi (SOP) sebagai rujukan tambahan.

“Antara cabaran dihadapi sewaktu memulakan perniagaan ini adalah apabila ada rakan yang memperlekehkan usaha ini dengan mengatakan kami tidak mampu berjaya dalam bidang ini kerana masih belajar,” katanya.

UPM galakkan pelajar ceburi bidang perniagaan

KECENDERUNGAN pelajar untuk berniaga di universiti menerima reaksi positif daripada pihak pengurusan UPM yang menyifatkannya satu perkembangan baik dalam melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan pelajar.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, berkata pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana pelajar untuk terbabit dalam bidang keusahawanan, malah lebih menggalakkan kerana ia termasuk antara agenda kritikal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang diperkenalkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain itu, KPT juga telah mewajibkan semua pelajar di universiti untuk mengambil subjek keusahawanan sebanyak dua jam kredit bagi memperkukuhkan kemahiran insaniah mereka. Katanya, selain subjek keusahawanan, UPM sendiri turut mengambil langkah proaktif apabila sering menghantar pelajar ke mana-mana pertandingan atau program berkaitan keusahawanan.

“Tujuan kita menghantar pelajar menyertai program sebegitu ialah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan yang sebenar supaya mereka mengetahui ‘sepak terajang’ sebenar dunia berkenaan dan bersedia apabila sudah tamat pengajian kelak.

“Kerana itu saya berbangga apabila ada pelajar UPM terbabit dalam bidang keusahawanan termasuk sudah ada yang berjaya membuka nurseri orkid milik sendiri,” katanya.

Mengenai masalah yang boleh timbul kepada pelajar akibat berniaga ketika belajar, beliau berkata, ia antara cabaran yang perlu dihadapi mereka jika mahu berjaya dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Malah di sinilah (universiti) tempat yang sesuai untuk mereka belajar mengenai dunia perniagaan kerana jika melakukan kesalahan masih boleh diperbetulkan dengan mendapat teguran daripada pensyarah, tetapi bagaimana jika di luar, siapa yang akan berbuat demikian.

“Justeru bagi saya zaman belajar adalah masa terbaik untuk pelajar melakukan kesilapan supaya dari situ mereka boleh mempelajari sesuatu dan tidak mengulanginya lagi apabila berada di dunia perniagaan sebenar di luar kelak,” katanya.

(SUMBER:BERITA HARIAN)

Siswazah sahut cabaran ceburi bidang ternakan

Oleh LAUPA JUNUS

Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah.

Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan sedang, ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Justeru, `haluan’ yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan.

“Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini.

Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikiranya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan.

Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd. itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung.

Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing.

Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka.

“Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus.

Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor.

Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak.

Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih.

Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti.

Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan.

Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti.Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta

Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah.

Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit.Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya,

Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri.

Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.Info ringkas mengenai industri penternakan ruminan:

* Kadar sara diri (SSL) bagi lembu dan kambing masih rendah iaitu masing-masing 18 peratus dan sembilan peratus.

* Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35 peratus bagi kambing menjelang 2010.

* Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluaran lembu dan kerbau yang diperlukan ialah sebanyak dua juta ekor.

* Lebih 723,000 ekor lembu betina dan lebih 338,000 ekor lembu disembelih dengan mengambil kira 60 peratus kelahiran dan 40 peratus lagi baka pembiak.

* Bagi industri kambing pula, lebih satu juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang disembelih 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.

* Pada masa ini, dianggarkan terdapat 23,800 pernternak terdapat di negara ini meliputi semua komoditi ternakan.

– Penternak lembu- 13,950 orang

– Penternak kambing-3,544 orang

– Industri kambing:

– Penternak tradisional- 75 peratus

– Penternak semi komersial- 15 peratus

– Penternak komersial-10 peratus

Antara projek utama:

* Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara seluas 4-5 hektar dio Pondok Tanjung, Taiping Perak

* Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan

Info:

* Khidmat penyajian makanan berbeku kambing Boer disediakan

* Waktu perniagaan: Pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

* Khidmat penghantaran disediakan bagi tempahan melebihi RM30.

* Alamat: Perfect Fresh and Frozen, No 15, Jalan Impian Murni 1/5, Saujana Impian, 43300 Kajang Selangor.

* Telefon : 012-2686845

(SUMBER:UTUSAN)

Lumayan Berniaga Online

Oleh NORAINI ABD. RAZAK

noraini.razak@utusan.com.my

Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN

IKA

BAGI pasangan muda Atikah Ashari dan Iskandar Zulkarnain masing-masing berusia 23 tahun, berniaga menerusi Internet mampu memberikan pulangan lumayan. Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu menumpukan perhatian kepada jualan tudung.

 

Atikah yang lebih dikenali sebagai Ika di kalangan rakan-rakan facebooknya juga amat popular menerusi laman web http://www.radiusite.com. Dia yang minat berniaga sejak sekolah rendah lagi telah mencuba pelbagai jenis perniagaan tetapi terhenti separuh jalan.

“Saya selalu menjenguk mudah.com atau apa saja perniagaan online. Dari situ bermula minat saya untuk cuba berniaga menerusi Internet,” katanya yang memulakan perniagaan tersebut sejak setahun lalu.

Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pelancongan itu belajar membuka blog untuk memasarkan tudung.

Di peringkat awal, dia mengakui kurang mendapat sambutan kerana mungkin disebabkan gambar-gambar yang diambil kurang menarik.Namun Atikah tidak mudah mengalah. Dia bersungguh-sungguh membangunkan blognya dengan paparan gambar menarik sehingga berjaya dikunjungi ramai. Bermodalkan RM500 di peringkat permulaan, siapa sangka pasangan muda itu pernah dilonggokkan dengan 1,000 helai tudung. Mereka berjaya menjualnya dalam tempoh seminggu menerusi online.

Malah tudung jenis Balqis pernah terjual sebanyak 496 helai dalam masa dua hari.Ditanya rahsia sambutan memberangsangkan, Atikah memberitahu, kualiti menjadi keutamaan. Dia juga memastikan setiap hiasan pada tudung seperti manik dijahit teliti untuk memastikan kepuasan pelanggan.Melihat laman web Radiusite, ternyata Atikah sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu dia juga memberi tunjuk ajar tentang cara pemakaian tudung. Justeru, tidak hairan sambutan yang diterimanya sangat menggalakkan.

Biar pun menjalankan bisnes menerusi Internet tampak mudah tetapi bagi Atikah dan pasangannya, mereka perlu menguruskan segala-galanya tanpa mengenal waktu.

Adakalanya mereka bertungkus lumus membungkus kemas lebih 200 bungkusan sehari dan memastikan setiap alamat dicatatkan dengan betul supaya barang yang dipesan sampai dengan selamat. Mengenai cabaran menceburi perniagaan online, Atikah memberitahu, secara keseluruhannya tidak banyak kesulitan kecuali ada pelanggan yang agak cerewet selain masalah yang sama seperti dihadapi Nurhafiza iaitu pelanggan tidak memaklumkan status tempahan.

”Apabila pelanggan buat tempahan, biasanya kami akan tunggu pengesahan, nak jual pada orang lain tak sampai hati.

”Tapi masalahnya ramai yang buat tempahan kemudian hilang tanpa membatalkan pesanan,” katanya.

(SUMBER:UTUSAN)

 Raihanna, Bakal Doktor Pakar Kek

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Raihanna Kamaruddin

SENI kulinari adalah ‘cinta’ pertama gadis ini, namun keputusan peperiksaan yang cemerlang membuatkan dia ditawarkan mengikuti kursus perubatan di Russian State Medical University, Moscow.

Mengejar dua bidang berbeza yang menjadi minatnya lalu dia berazam untuk bergelar doktor yang pakar dalam membuat kek.

“Bagi saya membuat kek umpama sesi terapi terutama ketika stres berdepan dengan pengajian yang semakin sukar,” ujar, Raihanna Kamaruddin, 23.

Gadis manis ini mengakui menuntut ilmu di negara orang memang ada cabarannya tersendiri apatah lagi apabila ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa tempatan.

Gadis ini perlu melipatgandakan usaha mentafsir makna dan menguasai bahasa Rusia demi menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya kelak.

“Bukan sekadar masalah bahasa, kelas yang terletak jauh antara satu sama lain dan cuaca yang sejuk memang cukup menyukarkan,” ujar Raihanna yang ditemui di Puchong, Selangor, ketika cuti semester baru-baru ini.

Justeru Raihanna menyifatkan minatnya membuat kek adalah sebagai salah satu terapi untuk dirinya yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sebagai pelajar di sana.

Tanpa mengabaikan tanggungjawab hakikinya sebagai pelajar perubatan, dia meneruskan minat dan kepakarannya menghasilkan pelbagai jenis kek, tart, macarons, kek cawan dan sebagainya.

Bukan sekadar untuk diri sendiri bahkan Raihanna menerima tempahan melalui blog nya http://www.raihannavanilla.blogspot.com.

Blog tersebut ditulis dan ditadbir sendiri bagi berkongsi pengalaman belajar, kisah suka duka dan paling utama memuat turun gambar kek serta masakan yang pernah dihasilkan. Ilmu dituntut secara ‘tidak rasmi’ menerusi laman YouTube, namun jika pulang ke tanah air, Raihanna pasti tidak melepaskan peluang menghadiri kelas pembuatan kek. Pada awalnya, ibu bapanya tidak begitu menyokong minat anak sulung mereka dalam bidang kek dan pastri kerana mahukan dia menjadi doktor.

Dalam diam Raihanna menggunakan duit poketnya sendiri untuk menuntut ilmu membuat kek.

“Saya dah macam ketagih, asal balik bercuti saja mesti mahu pergi kelas buat kek. Mungkin mama dan papa saya memahami minat saya yang terlalu kuat akhirnya papa menghadiahkan saya sebuah ketuhar dan pemutar kek,” ujar Raihanna. Berkat kesungguhan dan minat, gadis ini turut boleh berbangga apabila dapat menghadiahkan adiknya sebuah komputer riba dengan hasil jualan keknya.

“Di Moscow saya tinggal di asrama, hanya terdapat sebuah ketuhar. Bayangkan saya perlu berebut dengan pelajar lain. “Untungnya berniaga di sana kebanyakan orang Rusia tidak begitu mahir seni perhiasan kek, yang mereka tahu kek yang sedap dimakan sahaja, jadi apabila kita menghasilkan kek yang bukan sekadar sedap bahkan cantik mereka menghargai dan dari situ saya mula menerima banyak tempahan.

“Biasanya saya mula membuat kek selepas kelas tamat pada jam empat setiap hari. Pukul 10 malam saya akan tidur dan akan bangun semula pada pukul 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran,” jelasnya yang amat meminati membuat kek berbentuk anak patung ‘Barbie’. Mengenai barang mentah pula, Raihanna selesa jika mendapatkannya terus dari Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan yang halal di Rusia.

Bapanya akan mengepos barangan mentah yang diperlukan anaknya dalam keadaan sejuk beku.

“Alhamdulillah, sekali jual saya mendapat kira-kira 300 ringgit, bukan sekadar kek, jika ada hari sukan atau karnival jualan, saya dan kawan akan bekerjasama menjual makanan seperti nasi lemak dan sebagainya,” jelas Raihanna yang bercita-cita menjadi pakar perbidanan satu hari nanti. Impian Raihanna adalah untuk mewujudkan sebuah kedai kek dan di sebelahnya klinik dia sendiri. “Buat kek adalah satu terapi untuk saya, memasak adalah kepuasan sebenar. Menjadi cita-cita saya untuk menjadi wanita Melayu pertama yang berjaya dalam bidang bakeri dan perubatan,” jelasnya.

(SUMBER:UTUSAN)

RUJUKAN :

http://artikel-usahawan-berjaya.blogspot.com/p/artikel-usahawan-graduan.html

 

Wanita Mampu Lahirkan Usahawan Berjaya

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

30 Jun 2013

 image

Pengarah Urusan Lunatots, Siti Nursuraya memperkatakan mengenai ‘Cabaran Bisness Online dan Impak dalam Perniagaan.

image (1)

           Peserta memberi tumpuan penuh semasa panel menyampaikan ucapan.

Wanita mampu lahirkan usahawan berjaya Pengarah Urusan Lunatots, Siti Nursuraya memperkatakan mengenai ‘Cabaran Bisness Online dan Impak dalam Perniagaan

KUALA LUMPUR – Kuasa wanita bukan sahaja mampu membentuk peribadi anak-anak mereka malah melahirkan generasi yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang keusahawanan.

Ungkapan itu dizahirkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam bidang penerbitan diceburi lebih 30 tahun.

“Wanita khususnya seorang ibu mampu membaca naluri dan mengenal pasti potensi diri anak-anak mereka.

“Pendidikan awal dari rumah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan seseorang individu,” katanya yang berkongsi rahsia itu di hadapan 400 orang peserta Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran Mingguan Wanita

sempena ulang tahun majalah itu yang ke-30 tahun.

Beliau berkata, mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan perlu kreatif dan bijak memanfaatkan peluang.

“Jangan jadikan masalah itu satu bebanan tetapi jadikan situasi itu sebagai peluang untuk kita rangka sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, setiap individu yang mahu bergelar usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu yang cukup dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Menurut Editor Pengurusan Majalah Karangkraf, Liza Ali, konvensyen itu buat julung kalinya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada wanita Malaysia khususnya pembaca Mingguan Wanita.

“Matlamat utama adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan akan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan hari ini.

“Konvensyen ini juga adalah sebagai satu usaha Mingguan Wanita bagi berkongsi informasi dan memberi bimbingan melalui perkongsian ilmu keusahawanan,” katanya.

Konvensyen kali ini membawa lima panelis yang terdiri daripada usahawan hebat dan berjaya malah bergelar jutawan ini sebagai menghargai sokongan pembaca yang sentiasa menjadikan majalah Mingguan Wanita sebagai

bahan bacaan utama.

Sejak 2000, Mingguan Wanita diketuai oleh Nuri Supian selaku editor.

Antara panel hebat yang dibawa khas ialah Pengarah Urusan Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman; Pengarah Urusan Hajaba dan Leesa Formula, Mona Din; Pengarah Urusan D’Navechee, Datuk Dr Azlina Che

Abdullah dan Pengarah Lunatots, Siti Nursuraya Mohamed Ali.

Pada segmen perkongsian maklumat Mingguan Wanita menampilkan Timbalan Pengurus Unit Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noornazreen Ab Ghani dan Pengurus Korporat Teknologi Park

Malaysia, Aniz Adura Abdul Majid yang berkongsi maklumat mengenai peluang yang boleh dimanfaatkan usahawan.

Melalui paparan artikel Mingguan Wanita telah berjaya mencetuskan semangat usahawan dan secara tidak langsung telah melahirkan ramai usahawan baru yang berjaya.

Selain itu, bertujuan membangkitkan semangat wanita-wanita yang ingin memulakan perniagaan.

Konvensyen ini juga menjadi platform bagi membangunkan idea perniagaan dalam memilih perniagaan yang tepat dan sesuai serta mempunyai permintaan yang tinggi.

Antara topik yang dikupas adalah mengenai asas keusahawanan yang tepat, pemilihan perniagaan mengikut landasan, pengendalian kewangan dan panduan pemasaran melalui perkongsian pengalaman serta pengetahuan.

RUJUKAN :

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wanita-mampu-lahirkan-usahawan-berjaya-1.177312

 

TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR

PROFILE TOKOH :

Nama                                   : Tan Sri Mokhzani Mahathir

Umur                                   : 54 tahun (Januari 1961)

Warganegara                       : Malaysia

Nilai harta kekayaan           : US$1.2 Bilion (2014)

Ibu bapa                             : Tun Mahathir Mohamad

Siti Hasmah Mohamad Ali

Sumber Kekayaan             : Perniagaan gas dan minyak

Status                                : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

Plenary-Session-Dato-Mokhzani-Mahathir-SAPURAKENCANA_01

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.

Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah  Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.

Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang  mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.

Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau  menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.

Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.

Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad , bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.

Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN :

  1. http://panggungopera.blogspot.com/2014/02/rahsia-sebenar-mokhzani-mahathir.html
  2. http://www.sapurakencana.com/page/bod_view/7/15

TOKOH : DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH

PROFILE TOKOH :

Nama                                   : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Umur                                   : 35 tahun (24 Julai 1976)

Warganegara                       : Malaysia

Adik Beradik                       : Keempat daripada enam beradik

Pendidikan                          : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan                               : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,

Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian                         : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang

membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad

Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan

Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).

maxresdefault

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH

Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.

“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” menurutnya lagi.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,”.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,”.

Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,”.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”

Rujukan :

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/09/biodataprofil-dato-sani-pemilik.html

http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-datuk-wan-mohammad-sani.html

TOKOH : DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID

PROFILE TOKOH :

Nama                 : Datuk Wira Dr. Maznah Hamid

Umur                 : 59 tahun (April 1955)

Berasal dari       : Ayer Hitam, Kedah

Pasangan           : Haji Shaheen Mirza Habib (1979 – kini)

Status                : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

Agama              : Islam

Warganegara    : Malaysia

Jawatan            : Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 – kini )

Pendidikan      :

  1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )
  2. Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)
  3. Diploma in Personal and Personnel Management – Personal Development Leadership Corporations (PDL)
  4. Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education – Hawaii, USA
  5. Business School For Entrepreneurs, USA
  6. Business School For Investors, Singapore
  7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.

maznah ahmad

 

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri’.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau juga merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan ‘success counsellor’ dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta ‘success counselor’ di institusi – institusi  pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk ‘MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN’ (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.

Beliau memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).Datuk Maznah juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi

  1. Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  2. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  3. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  4. Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia – (UUM)
  5. Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) – UUM
  6. Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  7. Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  1. Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  2. Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  3. Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  4. Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  5. Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  6. Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  7. Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  8. Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  9. Presiden Kehormat USAHAWATI
  10. Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  11. Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  12. Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd

Rujukan :

http://securiforce.com.my/portal/index.php/company-background/datuk-dr-maznah-hamid

 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maznah_Hamid

TOKOH : DATUK YUSOF HASLAM

PROFILE TOKOH :

Nama                                   :  Mohd Yusof bin Md. Haslam

Khan

Umur                                   : 61 tahun (April 1954)

Warganegara                       : Malaysia

Asal                                    : Jalan Pahang,Kuala Lumpur

Status                                 : Berkahwin dan memiliki 4 orang anak

Pekerjaan                           : Pelakon, Pengarah, Penebit

Filem yang Dilakonkan     :

  1. Filem Laksamana Do Re Mi – (1972) Pelakon Tambahan
  2. Jiwa Remaja (filem) – (1975) Pelakon Utama
  3. Loceng Maut – (1976) – (Artis Jemputan)
  4. Filem Cinta Dan Lagu – (1976) Pelakon Pembantu
  5. Sayang Anakku Sayang – (1976) Artis Jemputan
  6. Filem Detik 12 Malam – (1979) Pelakon Utama
  7. Tiada Esok Bagimu (filem) – (1979) Pelakon Pembantu
  8. Filem Ribut Barat – (1981) Pelakon Utama
  9. Jejak Bertapak – (1981) Pelakon Utama
  10. Bukit Kepong (filem) – (1982) Pelakon Utama
  11. Sikit Punya Gila – (1982) Pelakon Pembantu
  12. Senja Merah – (1982) Pelakon Pembantu
  13. Filem Penentuan – (1982) Pelakon Utama
  14. Mekanik (filem) – (1983) Pelakon Pembantu
  15. Filem Di Ambang Kasih – (1984) Pelakon Utama
  16. Filem Melati Putih – (1984) Pelakon Pembantu
  17. Filem Jauh Di Sudut Hati – (1984) Pelakon Pembantu
  18. Filem Rahsia – (1987) Pelakon Pembantu
  19. Permintaan Terakhir (filem) – (1987) Pelakon Utama
  20. Wira Angkasa – (1987) Pelakon Utama
  21. Driving School – (1990) Pelakon Pembantu
  22. Bayangan Maut – (1990) Pelakon Utama
  23. Harry Boy – (1991) Pelakon Pembantu
  24. Pemburu Bayang – (1993) Pelakon Pembantu
  25. Filem Balada – (1993) Pelakon Tambahan
  26. Gerak Khas The Movie – (2001) Pelakon Pembantu
  27. Gerak Khas The Movie II – (2002) Pelakon Tambahan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

 

 

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 56 tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.Akuinya, pada zaman muda dulu, memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari.Namun, kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun dalam tempoh empat tahun lagi.

‘Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang. Jika nak diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah berdasarkan kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai anak seni yang sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya percaya perjuangan ini perlu diteruskan.’Saya akan teruskan selagi kesihatan mengizinkan dan ada kemampuan untuk terus berkarya, sekali gus memberi sumbangan di persada perfileman tanah air.’Saya juga jarang menghadiri majlis pelancaran drama dan filem ketika ini. Malah, saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga terutama cucu di rumah,’ katanya dalam pertemuan santai bersama Meja Hiburan, baru-baru ini.Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai masanya, beliau memberi peluang pada generasi muda untuk mengarah filem terutama pada dua anaknya, Syamsul dan Faizal.

Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.

Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja ini ke pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja hanya mahu menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka sahaja. Memang pendapat ini tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah remaja itu dilihat dari kacamata orang tua, sepertimana seorang datuk yang melihat kehidupan cucunya yang dikatakan bermasalah. Datuk itu datang dari zaman lalu yang cuba mengatasi masalah remaja di zaman global. Dia tidak dapat menangkap dan memahami realiti sebenar kehidupan remaja tersebut. Lalu dia menggunakan kayu ukur zamannya untuk menilai kehidupan dan menasihati remaja masa kini. Yang keliru bukan anak remaja tersebut tetapi orang tua yang tidak memahami perubahan zaman itu. Inilah agaknya sebuah filem remaja yang penuh mesej, nasihat orang tua untuk remaja.

RUJUKAN :

http://www.defarhano.com/2011/07/biodata-datuk-yusof-haslam.html

 

http://k2irofast06.blogspot.com/2011/01/tokoh-datuk-yusuf-haslam.html

Mengapa Mereka Dipilih?

Saya memilih empat orang tokoh usahawan seperti yang telah dimuatkan dalam laman blog saya ini kerana setiap dari tokoh-tokoh ini memiliki penampilan dan sifat yang berbeza diantara satu sama lain.Pemilihan tokoh dalam blog saya ini diamil kira dari pelbagai latar belakang tokoh seperti naik turun kemajuan mereka dalam mencapai tahap usahawan yang berjaya.Saya memilih tokoh-tokoh usahwan dari kalangan warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu kerana saya yakin bahawa dengan terbitnya laman ini dapat membuka mata masyarakat Melayu agar mereka membuang rasa takut dalam diri untuk menceburkan diri dalam dunia keusahwanan.Setiap dari tokoh ini memiliki pengalaman yang berharga dalam perjalanan mereka untuk menjadi usahawan yang Berjaya dimana setiap dari mereka pernah jatuh dan Berjaya bangkit semula untuk terus berjuang demi perniagaan dan karier yang telah dibina.

Seperti yang tertulis,tokoh usahawan pertama ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir dimana beliau merupakan peneraju kepada syarikat gas dan minyak yang terkemuka di Malaysia SapuraKencana Petroleum.Beliau merupakan seorang tokoh yang memiliki sifat berdikari sendiri kerana beliau telah Berjaya membawa syarikatnya ke tahap yang tinggi tanpa mengharapkan bantuan dan pengaruh dari ayahdanya yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4.Walaupun beliau mampu melonjak ke tangga yang tinggi dengan masa yang singkat dengan bantuan ayahnya tetapi beliau masih berkeras dan berpendirian tetap untuk maju selangkah demi selangkah untuk mencapai kejayaan dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.Berkat usahanya,beliau Berjaya di namakan sebagai salah seorang dari orang yang terkaya di Malaysia.

Tokoh usahawan kedua yang menjadi pilihan ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Tokoh ini merupakan seseorang yang menghasilkan perniagaan yang diilhamkan dari zaman kecilnya dimana beliau merasakan rutinnya menaiki bas ke sekolah setiap hari sebagai asas kepada perusahaan syarikat pengangkutannya.Datuk Sani merupakan seorang usahawan yang memiliki sifat tabah yang tinggi dimana beliau harus diberi perhormatan apabila beliau tetap cekal dan yakin untuk meneruskan perusahaannya apabila rakan kongsinya telah mula mengangkat kaki dari perkongsian perniagaan ini.Keadaan syarikat yang bergolak dapat diatasi dengan lancer dibawah pengurusan beliau.Sifat unik yang dimiliki beliau ini telah membawa beliau untuk berdiri setaraf dengan usahawan-usahawan lain yang jauh lebih tua darinya.

Seterusnya tokoh ketiga yang dipilih ialah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau “Iron Lady Malaysia”.Tokoh merupakan satu-satunya usahawan wanita yang ditampilkan dalam blog saya ini.Tujuan saya menjadikan beliau sebagai salah satu pilihan saya ialah kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berani dan berjiwa kental.Berdasarkan perusahaan yang diperkenalkan beliau merupakan satu perusahaan yang tidak sesuai untuk golongan wanita.Kerja yang kasar dan memerlukan individu yang kuat dan sasa dalam perusahaan ini.Tetapi Datuk Maznah mengambil cabaran ini dan cuba menukarkan pandangan orang lain bahawa seorang wanita yang memiliki jati diri yang kuat sepertinya mampu untuk memajukan perusahaan yang majoritinya terdiri dari kaum lelaki.Sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuai dijadikan contoh dan penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.

Akhir sekali,Datuk Yusof Haslam merupakan seorang usahawan yang memiliki pengalaman yang paling berharga dan berpengaruh kerana beliau menceburi bidang perfileman.Sebelum beliau memulakan perusahaan tersebut,beliau dengan sendirinya telah merasai setiap watak yang terlibat dengan perusahaan tersebut dimana beliau pernah menjadi pelakon sampingan,pelakon utama dan krew penerbitan.Pengalaman yang dimilikinya itu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan sangat membantu dirinya bagi menjayakan syarikat perfilemannya.Beliau bukan sahaja Berjaya seorang diri bahkan anak-anaknya turut bersama menceburkan diri dalam perusahaan itu dan Berjaya menjadi usahawan Berjaya mengikut langkah Datuk sendiri.Datuk Yusof juga pernah jatuh dalam mendaki kejayaan dimana filem yang diterbitkan beliau kurang mendapat sambutan.Usahawan-usahawan muda harus mengambil perjalanan beliau sebagai garis panduan dimana pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat penting sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Kesimpulannya,setiap tokoh usahawan yang dipilih memiliki cerita dan perjalanan perniagaan yang dapat dijadikan iktibar dan ransangan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan yang diusahakan.Setiap individu boleh berjaya sekiranya setiap dari mereka memiliki sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh usahawan seperti berani mengambil risiko,daya usaha berterusan,tidak mudah berputus asa,bijak mengambil peluang dan pelbagai sifat positif lain lagi.Setiap kejayaan yang dikecapi oleh usahawan-usahwan yang Berjaya hari ini bukanlah datang bergolek tapi turut disertakan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.

PENGENALAN KEPADA LAMAN BLOG INI.

Welcome_to_my_Blog_Screen_20_02_2011_en

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tujuan utama penubuhan laman ini adalah ingin berkongsi sedikit ilmu dan informasi keusahawanan yang saya miliki sekaligus dapat membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.Saya juga berkongsi beberapa profile-profile tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia.Diharap tertubuhnya laman ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin serta dapat membantu dalam memberi maklumat yang diperlukan.Sekian dari admin Muhamad Yussuf saufey Bin Mohd Thahir.